Mengapa saya mohon maaf daripada
'Anas'..? Apa kesalahan yang saya dah buat terhadapnya..?
'Anas', tu anak saya kah..?
Ya,
'Anas' - anak saya. Satu-satunya anak lelaki saya. Tunggal. Tidak ada dua atau lebih.
Berbeza dengan saya, ada lima beradik lelaki. Tapi
'Anas', hanya seorang. Empat yang lain perempuan.
'Anas' beria-ia mengikut saya memancing pada cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini. Kami tidak pulang ke Johor Bahru, memandangkan sekolah hanya bercuti selama empat hari.

Lokasi yang disasar untuk memancing-
Seri Bayu Tekala, Semenyih. Saya sudah bertahun tidak memancing di sini, kerana dulu- ikan yang kami dapat, tidak enak dan berasa lumpur. Geng mancing yang lain juga mengatakan yang sama.

Tapi sejak tahun lepas
Seri Bayu Tekala kerap mengadakan pertandingan memancing, hampir setiap bulan. Makluman mengenainya sering disiarkan dalam akhbar sisipan
Joran, Berita Harian, setiap Jumaat.
Khabar daripada rakan lain, tempat ini antara pusat memancing yang menarik kerana ikan yang terdapat di kolam di sini
"gadang-gadang"(besar-besar).

Bayaran memancing-
RM25 bagi empat jam, dan
deposit RM10. (Seingat saya, dulu cuma RM20 bagi empat jam, tiada deposit dan boleh guna dua batang joran). Bermakna pemancing perlu membayar RM35 untuk pancingan selama empat jam. RM10 akan dikembalikan jika tidak menambah masa (
RM5 setiap jam berikut).
Seperti biasa,
'Anas' menjadi pengikut setia membantu membawa peralatan dan sebagainya. Saya belum mahu mengajarnya memancing kerana dalam usia hampir 11 tahun, saya belum ingin melihatnya 'membiasakan diri melayan joran'. Kalau dah berminat, dikhuatiri nanti 'ketagih' pula! Insya-Allah, jika dia sudah bersekolah menengah, baru saya akan membimbingnya memancing..
Kami memancing selama empat jam. Ada ikan yang mengusik umpan, tapi tidak kerap dan tidak 'ganas'.. Dari seberang kolam, kami lihat ada yang menaikkan ikan patin (kecil dan besar), keli afrika (lebih 8 kilogram), tilapia merah, dan pacu.

Ikan banyak bertumpu di kawasan tengah (kolam utama). Pemancing biasa tentunya sudah tahu lokasi ikan berkumpul. Bagi yang baru -seperti kami (meskipun pernah sekali memancing di sini, dulu)- belum mampu 'membaca kawasan' ikan..
Setelah empat jam tanpa hasil, kami pun berkemas untuk pulang. Saya yang masih belum puas memancing, menanyakan jika 'Anas' sudah berasa letih untuk ikut memancing di tempat lain. 'Anas' kata,
"Terpulang pada abah.. Anas ikut aje"
c
Lantas saya mengajaknya melayan pancing di
Kolam Awie pula.. Dan alhamdulillah, ada hasil yang diperolehi meskipun tidak lumayan!
Di rumah, saya terkejut apabila isteri memberitahu-
Anas terpijak sengat ikan patin yang saya perolehi di Kolam Awie tadi. Saya tidak tahu kerana 'Anas' tidak mengadu apa-apa kepada saya, kecuali sewaktu pulang, dia kata kepalanya pening.. Saya beranggapan, dia mungkin keletihan kerana menghabiskan masa pagi hingga ke petang menemani saya memancing..
Mungkin lambat bertindak mengubatinya, Anas demam dan tidak kesekolah pada keesokan harinya...
"
Anas, maafkan abah..."