Memancing udang, berbeza dengan memancing ikan- dari segi kosnya, persediaan, mahupun thrill ketika berusaha menaikkan tangkapan.
Dalam bulan Ramadhan, mood memancing tidak sekuat di 'bulan tak posa'. Sebab itu, saya hanya sekali memancing ikan (selepas bertarawih) pada malam Hari Kebangsaan dulu.
Pada malam Sabtu kelmarin, tiba-tiba hati terdorong untuk mengail udang. Tanpa dirancang, ajakan spontan saya kepada seorang teman- Kamarul, untuk keluar memancing udang, mendapat respons positif daripadanya. Lantas selepas bertarawih, kami menuju ke Bintang Prawn Fishing yang terletak di Bandar Mahkota Cheras.
Kolam memancing udang ini berbeza dengan kolam di Tepian Rimba, kerana ia hanya berupa kolam yang terletak di dalam kedai. Berukuran - anggaran 6 kaki lebar X 20 kaki panjang. Penghuninya- bukan udang galah, tapi udang harimau dan udang karang. Bayaran deposit sebanyak RM30 dikenakan. Kami mula memancing pada jam 11.25 malam, dan berakhir pada jam 2.00 pagi (kedai ditutup).
Pengalaman memancing udang harimau di dalam kedai, sememangnya lain dengan memancing di tempat yang terbuka. Ruang yang terhad, terlindung daripada hujan panas, dan 'diserikan' dengan bunyian muzik yang sesekali mengganggu telinga, namun keterujaan lebih kepada usaha menaikkan udang harimau - lebih-lebih lagi apabila penulis rasa tercabar melihat 'ah moi' - 'ah moi' pun mampu menaikkan udang harimau yang bersaiz 'gadang'.
Saya yang mulanya menggunakan peralatan memancing sendiri, beralah dengan nasihat sahabat- supaya menggunakan joran yang disediakan oleh pihak pengusaha kedai. Joran siap dengan mata kail, dan umpan hati ayam disediakan. Umpun-umpun turut boleh didapati dengan harga RM7.00 sebekas.

Saya yang miskin pengalaman memancing di kolam seperti itu, tidak meraih sebarang tangkapan sehinggalah waktu melebihi 1.00 pagi! Tapi berkat kesabaran, alhamdulillah- dalam waktu yang tersisa, saya mendapat 6 ekor udang harimau bersaiz 'gadang' setelah beberapa kali beralih tempat serta mendapat rentak skillnya.

Jika berkelapangan, saya pasti akan mencuba di kolam Bintang itu lagi. Kepada sesiapa yang berhajat mencuba, silakan- dan tak usah bawa sebarang peralatan memancing udang. Hanya bawa diri dan wang!
11 comments:
salam tn syeikh..
subhanallah besornya udang tuh..boleh lebai tumpang makan sikit..he he
dah lama gila tak pi mancing udang pasal kos yang mahal... hehehehheheheh
Tapi udang harimau punya kolam memang biasanya kolam batu dan kawasan tertutup... Lain kalau kolam udang galah... memang terbuka habis... :D :D
Takpela saya tak mancing udang pun... bukan saya makan udang pun... hihihihih :P :P
mak aiiiiihhh..
besarnya udang... :D
bila nak mancing udang sama2 ?? :D
Selamat hari raya.
Maaf zahir dan batin.
slm tn psyarah..(lebai yusri)
alhamdulillah..
jika ada pluang, kita pi mancing sama2..
:D
slm dik syah shah..
memg kos ngail udang tggi skit..
tp hasilnya lumayan sih..
:D
cubala ajak en firdaus mancing di bmc..
:)
slm dinda kts..
betul ke nk try mncg udang..?
nti kita pi skali, k..
*hasilnya, kanda serah semua kat dinda jk kita pi sama..
:D
slm cklah..
sama2, slm lebaran..
maaf zhr batin..
:)
teman tak minat betul memancing udang di kolam.Seingat teman, selalu failed!! Tapi yg buat teman tak minat adalah kerana cabaran yg kureng.Sewaktu di rantau panjang kelantan adalah jugak teman mancing udang.Itu memang best sebab di sungai.
slm bro inderaputera.
mungkin bro blum temui rentaknya lagi.
kalu dh sesuai n 'masuk', teman gerenti bro pun akan layan!
:D
Salam, Ada kawan yang rajin berulang ke Kolam Pak Tam, berhampiran GIANT kat antara Saujana Impian nak ke Semenyih. Boleh tahan besar juga udangnya dan sentiasa ditambah dalam sehari tu.
Post a Comment