Saturday, April 16, 2011

SERONOK MELAYAN DI JORAN RIMBA TEKALA, SEMENYIH



Satu lagi kolam memancing berbayar yang teman pemancing perlu cuba adalah Joran Rimba Tekala, yang terletak tidak jauh dari Empangan Semenyih. Jika pemancing dari Kuala Lumpur melalui Bukit Ampang ke Pekan Batu 14 Hulu Langat, masa yang diambil dari Pekan Batu 14 itu memakan masa kurang 20 minit.
Bayaran yang dikenakan kepada pemancing adalah sebanyak RM5.00 untuk tempoh masa dari 7.00 pagi ke 7.00 petang. Namun, sekiranya pemancing ingin membawa pulang ikan yang dikail, pemancing perlu membayar RM6.00 bagi sekilogram ikan tanpa mengira spesis.
Terdapat berbagai-bagai spesis ikan yang menghuni kolam ini iaitu patin, pacu, tongsan sisik halus, lee koh, rohu dan lain-lain. Meskipun terdapat dua kolam disediakan, namun kolam besar hanya dibuka untuk pertandingan saja.
Selain menjadi 'port' pilihan bagi pemancing, di sini juga ahli keluarga pemancing boleh bersantai dan bermandi-manda di sungai belakang yang terdapat di Joran Rimba Tekala. Kemudahan chalet dengan kadar bayaran yang amat berpatutan juga disediakan.
Mengapa perlu membazir wang yang banyak untuk mencari destinasi yang jauh dari ibu kota..? Joran Rimba Tekala yang terletak tidak jauh dari pinggir kota ini, dirasakan mampu memberikan sesuatu kelainan kepada pengunjung, kerana lokasinya yang tidak sesak dan amat 'privacy' buat mereka yang inginkan suasana tenang.. Cubalah!



2 comments:

InderaPutera said...

Dah berbulan tak memancing. Lokasi ini antara tempat kegemaran aku & syafique.Dia ajak p bulan lalu tapi aku kesibukan.Entah bila agaknya nak start semula.....tunggu mengigau memancing dlm tidur kot...
Seperkara lagi....ntah masih banyak ikan atau tak...so jika ada update ttg kelumayanan ikan kembali lagi di kolam joran rimba ni...tlg ler citer ye...

Chulan Chin said...

bro Inderaputera,
aku pun dah berbulan tak gi ngail..
rindu banget!

mgkin jk ada peluang, nk gi ngail cuti sklh nti..

joran rimba tekal tu memg tempat yg ok, boleh layan.. syafique tentu nk gi lg sbb situ tmpat dia dpt first catch nya...

jk ada info baru, nti aku akn bgtau..
insyaAllah..

wslkm

Terkenang trip ke Tasik Kenyir...

Ekspedisi ke Tasik Kenyir Slideshow: Chulan’s trip from Hulu Langat (near Ampang, Malaysia) to Tasek Kenyir (near Kuala Berang, Terengganu) was created by TripAdvisor. See another Kuala Berang slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.