Wednesday, November 26, 2008

Menduga Kolam Awie, Sungai Gahal

Cuti sekolah sememangnya membuka ruang dan peluang bagi saya untuk melayan minat memancing. Meskipun rakan rapat yang kaki memancing, ada yang bekerja (swasta), manakala rakan guru pula ada yang pulang ke kampung serta terlibat dengan pelbagai program keluarga, itu tidak menyekat saya untuk pergi memancing seorang diri.
Pada mulanya, saya merancang untuk melayan joran di Sukida Resort, Semenyih - tempat favorite saya. Tapi kemudiannya saya mengubah rancangan untuk pergi mencuba kolam memancing yang terletak kurang 10 minit dari rumah saya.

Kolam Memancing Awie, yang terletak di Kampung Sungai Gahal, khabarnya telah dibuka sejak April lalu. Setelah dua kali mencari lokasinya sebelum ini, akhirnya saya temui juga kolam tersebut. Sebaik menjejak ke tempat berkenaan, semangat dan minat saya membuak-buak untuk kerap memancing di sini. Pemandangan persekitarannya amat mendamaikan. Selain itu, kawasan untuk melabuh pancing juga bersih dan selesa. Surau turut disediakan kepada pemancing.
Pada sesi memancing kali ini, isteri dan anak lelaki (tunggal) juga ingin turut serta. Saya sebenarnya sudah biasa memancing berseorangan, atau dengan kawan. Tapi memandangkan cuti sekolah, saya membenarkan anak isteri ikut sama.

Seperti biasa, saya menggunakan umpan roti dan dedak 'bomb'. Saya lebih selesa menggunakan kail mata rambai, berbanding dua mata. Joran bersaiz sederhana dan mesin kekili jenis Lemax.
Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM20 bagi tiga jam pertama. Tambahan RM5 bagi setiap jam berikutnya. (Saya sebenarnya akan berpuas hati jika memancing dari pagi hingga ke petang, seperti selalu di Sukida Resort. Tapi di Kolam Awie ini, perlu juga memikirkan kos yang perlu dibayar jika memancing dalam tempoh yang lama!)
Saya mendapati umpan roti tidak berkesan di sini. Umpan dedak dan pelet memang berjaya menarik ikan-ikan di sini. Walaupun dikatakan ikan yang terdapat di dalam kolam ialah tilapia, patin, keli, rohu dan leekoh, namun sasaran saya tetap si patin!

Alhamdulillah, saya berjaya mendaratkan empat ekor patin yang sederhana besar untuk dibawa pulang pada sesi memancing pada kali ini. (Suka punya fasal, sampai terlupa untuk merakam keempat-empat ekor patin itu!)
Insya-Allah, saya akan mengulang -meluang masa untuk mengail di Kolam Awie lagi..

*Catatan- Kepada sesiapa yang ingin memancing di sini, jika dari pekan Hulu Langat (Batu 14), bolehlah menghala ke SMK Abdul Jalil (SMKAJ. Dari laluan masuk SMKAJ, jalan terus ke penghujung jalan, belok ke kanan. Di situlah terletaknya KOlam Memancing Awie yang dibuka 24 jam. Selamat memancing!

6 comments:

ku tak sempurna said...

tak pernah memancing... ikan, udang... memancing org adalah :P

org kata org yg suka memancing ni, sabar orangnya... esp. sabar dengan nyamuk :D

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

erk.. ya ke org kata cm tu..? sabar dgn nyamuk..?

bg abg, sememg mmancing mlatih diri mjadi pyabar.. tk caya? cubalah!

jk mula2 bljr mmancing, memg boring, gelisah dsb.. tp a/bila dh dpt ikan, psti teruja nk mancing lg. ramai kwn abg yg rasa cmtu..

(mancing udang, memg best. tp kos lbh skit.. abg pun dh agak lama tk mlayan udang..)

tyas said...

waaa... senangnya dapat ikan patin...
besok menunya ikan patin plus sambal yang pedaaassss.... hehe...

ku tak sempurna said...

malas nak cuba... takut ketagih plak.. byk sgt benda yg dah mula suka... smpi tak tau nak buat yg mana :D

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam..

ningtyas -
1. ada waktu2 susah juga mdapatknnya krna tpaksa 'bertarung'!
2. iya, masak spt yg ning katakn itu juga enak, selain dibakar & dicicah dgn air asam cili padi.. aduhai!

dik KTS -
1. uikss..kalu 'malas', memang jangan cuba2!
2. jk ada 'bnyak benda yg mula suka', cuba buat satu2 dulu..kmudian blh buat pbandingn n tentukn s/ada nk truskn @tdk..
:D

徐若瑄Vivian said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,a片,AV女優,聊天室,情色

Terkenang trip ke Tasik Kenyir...

Ekspedisi ke Tasik Kenyir Slideshow: Chulan’s trip from Hulu Langat (near Ampang, Malaysia) to Tasek Kenyir (near Kuala Berang, Terengganu) was created by TripAdvisor. See another Kuala Berang slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.