Thursday, November 15, 2012

'MERIAH MERAIH REZEKI' DI HARI DEEPAVALI

Cuti perayaan Deepavali, terisi dengan aktiviti memancing. Saya telah merancang dengan Razwan untuk melayan joran di Kolam DZ Cheras. Kami berdua sudah lama tidak keluar memancing bersama. Justeru, hari ini adalah hari yang paling sesuai untuk kembali 'bermain-main' dengan joran!

Pemergian kami turut disertai abang saya, iaitu bro Sasman, yang hadir bersama anak-anaknya~ Syafiq dan Haziq. Seperti biasa, kami membawa umpan roti dan pelbagai jenis dedak.

Kolam DZ ni sudah agak berubah kerana terdapat kesan tambakan di sepanjang tepi kolam. Ini bagi mengelakkan berlaku hakisan terhadap rumah yang dihuni oleh Abang Hambali, tuanpunya kolam.
Namun, keadaan itu tidak menjejaskan hajat kami untuk memancing. 

Alhamdulillah, meskipun cuaca panas terik, semangat kami tidak luntur. Bahkan kekerapan ikan yang meragut umpan, membuatkan kami begitu seronok melayan joran.

Rata-rata kami dapat menaikkan ikan pelbagai spesis iaitu jelawat, rohu, tilapia, lampam dan patin. Bro Sasman tentunya amat berpuashati kerana berjaya mendapatkan patin seberat 2.5kg. InsyaAllah, Kolam DZ pasti menjadi destinasi memancing kami pada masa akan datang.

4 comments:

InderaPutera said...

Meski pun tiada tempat yg strategik untuk berteduh dek panas terik, kepuasan mmg terasa kerana umpan sentiasa dimamah ikan walaupun anak ikan.Pasti tak boleh lupa krn dipenghujung waktu dpt patin yg hampir membuatkan joran masuk ke dlm kolam....pheewww...

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Betul tu bro!

Alhamdulillah.. sememang memancing di Kolam DZ, jarang menghampakan..

Kena layan lagi di situ..bagi Haziq buktikan sesuatu..
:D

BorneoAngler said...

Bila joran di tangan,ribut dan taufan pun tak ambik port :)

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

sdr Anglers Belong,
betul tu..hihi..
teman setuju..

salam persahabatan.
:)

Terkenang trip ke Tasik Kenyir...

Ekspedisi ke Tasik Kenyir Slideshow: Chulan’s trip from Hulu Langat (near Ampang, Malaysia) to Tasek Kenyir (near Kuala Berang, Terengganu) was created by TripAdvisor. See another Kuala Berang slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.