Tuesday, November 18, 2008

Lagi Makanan Yang Menyelerakan..?

(Kebelakangan ini, saya kebuntuan idea untuk memasukkan kisah berkaitan memancing. Sebab, barangkali kerana tidak turun ke kolam memancing.. Meskipun Sungai Langat terletak hanya hampir 30 meter di belakang rumah, tapi saya sudah tidak 'berselera' memancing berdekatan rumah.. Saya lebih selesa dan 'berselera' memancing di kolam berbayar kerana biasanya ikan-ikan yang terdapat di dalamnya 'berbaloi' dengan wang yang dibayar..)

Jika dua entri sebelum ini berkaitan 'selera', ini satu lagi klip video yang membuka ruang kepada kita untuk menilai 'selera' kita - sesuaikah dengan video yang dipaparkan?


(Catatan - Dulu, sewaktu 5 tahun lebih tinggal di Flat Razak Mansion, Jln Sungai Besi, Kuala Lumpur, saya biasa melihat peniaga (Cina) melapah katak hidup dan menjualnya secara terbuka di pasar. Melihat rupa daging katak yang dilapah itu, cukup meloyakan! Urghhh...)

Saudara, sanggup..?

8 comments:

KTS said...

cutenya katak tu... i like :P

sungguh menyelerakan....

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

dik KTS..

erks!
yeeaucks!

err..apsal seleramu lain bebenor dik..?

:P

KTS said...

cuba tgk betul2... katak tu mmg cute.....

tak teringin ke?? :P

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

hmm.. a ah..cute gak, ek..?
tapi..TAK TERBUKA SELERA NAK MAKAN!

(*dulu, dlm satu kelas pengajian dgn ustaz hussein yee, ada disentuh ttg katak - halal dmkn, spt jg ketam. tp a/bila dtanya dgn jemaah pgajian- "katak, boleh dmakan tk?" jawab jemaah- "tak lalu!")

:P

KTS said...

ooohh... katak halal dimakan rupanya... ilmu baru :D

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

'ilmu baru'..?
mgkin jg baru bg yg baru dgar kot..
tp bg kami yg pnah bljr dulu, dh biasa.. tmbhn pula memg kami jg rujuk kitab2 hadis..
cuma bg org2 sufi, ada yg mharamkn..

[bg abg, soal halal haram tu satu hal, yg mgugat adalah - "lalu ke nk mkn katak ni..?"]
:P

KTS said...

memang tak pernah dengar pun... cetek kan ilmu ku ini... :(

klu dah halal, apa salah mencuba :P

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

dik KTS..

pnah dgar org kata 'ketam nipah' tkleh mkn..? mksudny, 'tk halal'..?

ada sorg ustaz mnerangkn- kalau dh namany ketam, tk kira la ketam batu ke..ketam apa ke..ia tetap halal.
msyrkt kita tk biasa dgar ada org (Islam) mkn katak, kn? sbb depa dok kata, haiwan dua alam tkleh mkn..

bg abg, scra pbadi, abg 'malaih nk pikiaq @ kaji' bnda tu dlm bab halal. sbb, abg tkdak keinginan lgsung utk mkn katak ni.
kalau dik KTS trasa nk mkn, pi cari d psr2 yg org cina ada juai. kalau dh mkn nti, bgtau kat cek no..apa rasa katak tu..

:P

Terkenang trip ke Tasik Kenyir...

Ekspedisi ke Tasik Kenyir Slideshow: Chulan’s trip from Hulu Langat (near Ampang, Malaysia) to Tasek Kenyir (near Kuala Berang, Terengganu) was created by TripAdvisor. See another Kuala Berang slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.