Friday, March 13, 2009

BANJIR KILAT DI HULU LANGAT

Hari ini, pastinya menjadi kenangan pahit buat segelintir warga Hulu Langat. Sejak 15 tahun, tidak pernah berlaku banjir besar seperti yang terjadi pada hari ini.

(*Foto menunjukkan keadaan belakang rumah di mana air sungai telah melimpah ke kawasan kebun dan menghampiri rumah jiran saya)
Pagi di sekolah, saya mendapat maklumat daripada seorang rakan guru- kawasan Dusun Tua dan Batu 18 telah banjir. Di tempat kami, berita mengenai banjir ketika musim hujan, seperti satu fenomena yang telah diduga. Meskipun tidak seteruk bah di pantai timur, namun keadaan banjir yang melanda di kawasan tertentu di Hulu Langat, pastinya merisaukan.

(*Foto- Keadaan kebun berdekatan sungai yang dilimpahi air. Dulu, habis segala bubu dan peralatan berkebun dihanyutkan air bah)
Jalan utama yang menghubungkan kawasan dari Cheras dan Kajang, dengan Hulu Langat, hanya menggunakan satu jalan- iaitu dari Batu 9 melalui perkampungan Kg. Melaka, Bukit Raya, Desa Pelangi, Kg. Sg. Serai, Desa Raya, Dusun Nanding dll..

Apabila banjir di Kg. Sg. Serai, maka jalan utama sememang akan sesak kerana tidak sesuai dilalui kenderaan kecil. Mengikut berita yang diterima, ada kawasan yang ditenggelami air sedalam 2 meter. Rumah seorang rakan sekerja, air mencecah paras dada.

(*Foto- Mungkin nampak air cetek dan tidak masuk ke rumah Hj. Md. Zain Taukey Emas. Tapi itu sudah dikira 'tinggi' kerana kedudukan rumah Pak Haji agak tinggi dari sungai belakang rumah)
Isteri saya bersama empat lagi rakannya terpaksa berpatah balik setelah tidak dapat merentas jalan utama ke sekolah. Seorang rakan yang pulang mengambil anaknya di SMA Batu 10, tersangkut sejak jam 5 lebih, dan hanya sampai di rumahnya di Kg. Sg. Serai pada 8.30 mlm. (Masa biasa hanya kurang 10 minit)

Tidak pasti apa yang menyebabkan banjir besar ini berlaku. Ada yang kata, orang lepaskan air di Empangan Pangsun, pada kebiasaan hujan lebat. Ada yang beritahu- Sungai Langat tidak didalamkan, lantas apabila hujan lebat air sungai akan melimpah ke daratan..

(*Foto- Kejadian banjir yang berlaku ini pastinya akan membuatkan penduduk Taman Seri Nanding akan lebih berwaspada dengan keadaan banjir kilat setiap kali musim hujan lebat)
Apapun yang diperkatakan, banjir sudah berlaku. Ada yang terpaksa menanggung kerugian. Ada yang terpaksa menunggu berjam-jam dalam kereta kerana terkandas di jalanan. Ada yang terpaksa 'ponteng' kerja dan sekolah. Ada yang terpaksa membatalkan pelbagai janji yang telah dibuat.. Pendek kata, 1001 permasalahan telah timbul, kesan banjir kilat ini..

Sebagai hamba-NYA, kita terpaksa sedar bahawa segala yang berlaku pasti ada hikmah di mana-mana. Tidak perlu merungut atau mengeluh, kerana dikhuatiri akan menyebabkan kita jatuh kufur! Kena yakini dengan kasih sayang-NYA dalam setiap takdir yang tersurat.

(*Foto- Air yang naik tidak sampai sekaki di hadapan rumah, tapi di belakang berdekatan sungai, rasanya lebih 10 kaki!)
*Saya terkenang pada zaman kanak- ketika bah di Rantau Panjang dan Kota Bharu, Kelantan. Seronok bermain air dan menaiki rakit.. Nostalgik amat!

12 comments:

Syah Shah said...

alhamdulillah so far tak penah kene banjir sampai naik air kat rumah...

Tapi teringat ade sekali banjir kat sekolah... Keliling sekolah tu banjir, sampai ke pinggang... Tapi sekolah kat tengah-tengah tak naik air... Sewel sungguh kontraktor yang buat skolah tuh... Hahahahahah :P :P

KTS said...

ooo... smlm tgk dlm berita... tinggi gak air naik kat hulu langat ya..

igtkan KL yg akan banjir... rupanya dia ke sana...

Yunus Badawi said...

Alhamdulillah rumah Amal tak dimasuki air. Kalau dah kena sekali banjir ni tiap kali hujan lebat kita akan fobia. Kena pulak tengah malam.
Masa Sg Klang belum dikonkrit dulu selalu jugak rumah emak di Datuk Keramat kena banjir.

Noorhisham said...

tAK SEDAP HATI BILA HUJAN DAN KITA PADA WAKTU ITU BERADA DI SEKOLAH....PASTI JANTUNG MAU COPOT...DAG DIG DUP....INGAT RUMAH, KERETA DAN HARTA BENDA

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

slm..

dik syah shah,
ada kala, pgalamn bnjir ni mberi kenangan manis, bukan sekadar tangis!
:)

-kntrktor tu ada "masyuk" kot...!
:P

dik kts @ y,
kat langat ni, kalu hujan lebat bterusn 3-4 jam, alamat tenggelamla bbrp kg n kwsn rendah..
-simpati pd org2 yg rumahny teruk mgalami krosakn..

sdr yb,
alhmdlh, memg tk masuk air lg..
jiran ada yg dapurny dh masuk..
kalu hujan lebat mlm hari, memg risau jg sbb rmh teman bdekatn sg..
-smga DIA memelihara kami sklrga..

jk yb pnah bpengalamn mrasai suasana bnjir, pstiny tk sggup hadapinya lg, kn..?
letih nk mgemas..
:(

syeikh norish,
betul tu syeikh..
kalu wktu tu d sklh, meme tk sedap ati- tringat pd rmh n ank2..
tp alhmdlh, sjauh ni msh blh 'tahe'..
:)

MIZLAN DARKARTCASTER said...

salam persahabatan bro..aku ni kaki pancing gak..cuma kaki pancing haruan je..masih amatur..harap dapat bersahabat..cikgu mizlan labuan

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

slm sdra mizlan,

t/ksh sudi bkunjung.
sy senang jika ada kwn2 blogger yg ingin mjalin pshbtn, selain blh bkongsi pglmn-khususny dlm bidg memancing ni..

slain itu, profesyen yg sama juga memudahkn kita saling memahami, insya-Allah.

slm ukhuwwah!
:)

ckLah @xiiinam said...

Kat mana cerpen tu bang???
Tu lah....banyak sangat blog!!!



Aku selalu datang rumah yang ni je. Rumah lain aku tak tau jalan....

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

slm cklah..

akhirnya dpt juga kulihat jejakmu di sini!

cerpen tu dlm blog lain..

nti pasti cklah jmpa..
:)

-t/ksh krna sudi 'berekreasi minda'
:)

Syah Shah said...

incik Amal dah tak apdet lagi ke blog ni??

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

slm..

dik syah shah,
teman tk dpt update buat masa ni sbb ada tugas bina blog lain utk kaunseling sklh..

insya-Allah jk ada ksmptn, teman akn kms kini..

t/ksh atas phatian itu..
:)

Syah Shah said...

bizi bebeno nampak gayanya incik amal... Heheheheh

Terkenang trip ke Tasik Kenyir...

Ekspedisi ke Tasik Kenyir Slideshow: Chulan’s trip from Hulu Langat (near Ampang, Malaysia) to Tasek Kenyir (near Kuala Berang, Terengganu) was created by TripAdvisor. See another Kuala Berang slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.