Tuesday, April 21, 2009

KEMBALI MELAYAN JORAN DI 'LUBUK IKAN', SG. TEKALI

Sudah lebih sebulan saya tidak meng'update' blog ini. Begitu juga blog yang lain. Tentu kesibukan- alasan yang terpaksa diberi kerana itulah hakikat yang dihadapi.
(Saya kagum dengan kawan blogger - KTS, CKlah, Syah Shah, YB -sekadar menyebut beberapa nama- yang terus rajin mencoret sesuatu di blog mereka. Meskipun saya tidak mengisi bahan dalam blog saya, tapi apabila berinternet, saya akan menjengah ke blog mereka itu..)

*Terima kasih - kepada teman-teman yang singgah ke sini, yang 'mengintai' jika ada entri terbaru saya..
Buat kalian, SEJAMBAK KEMAAFAN - atas segala kekurangan..

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Apabila musim sekolah, tidak banyak masa untuk pergi mengail. Saya tidak 'kuat' seperti seorang rakan, hari sekolah pun dia sanggup berjam-jam memancing pada sebelah malam. Dulu, saya pun bolehlah dikategorikan sebagai 'pemancing tegar'. Dalam seminggu persekolahan, pasti dua-tiga hari saya memancing di kolam berbayar berdekatan. Ada kalanya pulang ke rumah sehingga jam 2-3 pagi, sedangkan keesokannya terpaksa bertugas..

Kini, saya hanya mampu meluang masa untuk memancing pada hujung minggu. Itupun, 'tidak keluar daerah', seperti 8-10 tahun dulu.

Baru-baru ini, saya dan Anas, menduga Lubuk Ikan yang terletak di Sg. Tekali, berdekatan dengan Pusat Kokurikulum Negeri Selangor. Dahulunya, kolam ini dikenali dengan nama Kolam Hj. Nawawi. Difahamkan, nama baru diberi setelah kolam ini diurustadbir oleh anak Hj. Nawawi.

Bayaran memancing- RM20 bagi tiga jam pertama. Tambahan RM5 bagi setiap jam berikutnya. Tapi bagi tempoh promosi, pemancing diberikan sejam percuma. Tidak pasti bila tempoh promosi ini berakhir.

Ketika saya tiba, tidak ramai pemancing. Dan hasil yang dinaikkan juga tidak kerap. Suasana nampak kurang meriah. Sesekali kelihatan pemancing menaikkan pacu dan tilapia.

Saya yang berbekalkan umpan dedak pandan, dedak 929, selain cengkerik, tidak mendapat 'sambutan menggalakkan' daripada penghuni kolam ini. Saya ada bertanyakan kepada seorang adik yang memancing, umpan apa yang digunakan. Dia dan rakannya menggunakan umpan cacing. Ternyata umpan itu jarang menghampakan.

Aktiviti memancing itu bagi saya cukup sekadar empat jam, dan tidak bercadang menambah masa lagi. Hasilnya, hanya seekor pacu hampir sekilogram yang dibawa pulang.
Aduhai..

8 comments:

KTS said...

salam... :)


pembetulan :
KTS tak rajin update blog.. tak rajin...
betul... mmg tak rajin...



4 jam memancing, dpt seekor je ikan...
memang gigih :)

ckLah @xiiinam said...

Salam...




Alhamdulillah ustaz datang blog ckLah...ingatkan jauh hati dengan ckLah dah....



pembetulan juga:
blog ckLah tu penuh cerita kosong saje...kekadang menulis dengan mesej, tapi benda lain yang orang tumpukan....atau kekadng 'seseorang pengomen' membuat mesej jadi terpesong...memikirkan itu, ada kalanya mahu berhenti menulis...tapi,biarlah....sekurang-kurangnya kita menulis untuk diri kita sendiri. Betul tak ustaz? Saya tak maksudkan ustaz tau. Sungguh!!!

CkLah biasa jumpa ular waktu memancing ni...

Syah Shah said...

mujurlah tu ad hasil juga seekor... Hujung minggu lepas kami pegi memancing, Sabtu cuma dapat seekor siakap dan seekor gelama... Har Ahad enam jam duduk saja-saja... Tapi jenuh tengok orang tarik senangin, jenahak, kerapu, bawal dan ikan merah... Memang tak ada rezeki betulll hari tu... Hohohohoh :P :P

saya memang apdet, tapi merapu-rapu saja... TAkda apa yang perlu dikagumkan... Hahahahahah :P :P

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

salam..

dik kts-
a ahh..abg silap. dik tk rajin update blog.
pemalas!
dok ngadap tv jer!
kerja umah semua mak yg buat!
slalu suruh org lain tulis utk blog sdiri!
bla..bla..bla...

erkk! ada betul ka..?
:P

-pemancing kena gigih. dpt ikan dianggap bonus, wpun seekor!
:D

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

salam..

cklah-
teman slalu masuk 'ke rumah blog' cklah. cklah jer yg jarang mai kat sini!

"ingatkan jauh hati dengan ckLah dah...."
- memang!
tp teman memilih utk bsikap pemaaf, n bsabar dgn karenah kwn2..
:P

crita dlm blogmu tk pnah teman anggap 'kosong'. stiap entri psti teman cari n kutip mesej @ iktibarny..
sungguh!
:)

-teman pnah nmpak ulau wktu mancing. tp alhamdulillah, idak dikacaunya..
:D

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

salam..

dik syah shah-
bgitula nasib pmancing, kn..?
ada masa, "lebat".
ada kala, "hampeh!"

bg teman, mancing skadar hobi, n latihan memupuk n memantapkn kesabaran.
jk dpt ikan, teman anggap sbg bonus.
:D

-alangkah menariknya jk ada sesi memancing bsama rakan2 blogger..
:D

*dik syah mgkin anggap coretan dlm blog tu "merapu-rapu". tp teman tk pnah mpkecilkn apa yg dtulis..
bahkn sikap rajin mnulis tu prlu dicontohi..
:)

Yunus Badawi said...

Salam Amal.
Wah semua nama2 yg ustaz sebut sbg contoh dari beri komen mereka. Saya ni ketinggalan.

Saya berterima kasih kerana ustaz sentiasa melawat dan memberi komen2 membina di blog saya walaupun n3 saya tak karuan. Sekadar mencatat apa yg saya perhatikan dan utk peringatan diri sendiri.

Lainlah blogger yg hebat mcm ckLah dan kts yg pandai menulis tu.

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

salam YB..

t/ksh krna bsama rkn blogger lain, myumbang komen kat sini.
terasa ukhuwwah wujud a/bila ada rakan yg myuara pandgn, kritikn dsb..

scra prbdi, teman kagum dgn yb, mampu mluang masa mnulis di blog, walhal sbg sorg bisnessman, psti mpyai ruang masa yg thad..

apa jua tulisan yb, teman psti akn kutip sstu sbg iktibar, panduan dsb..

* ttg shbt kita tu- cklah n kts sememg antr yg rajin mnulis..
:D

Terkenang trip ke Tasik Kenyir...

Ekspedisi ke Tasik Kenyir Slideshow: Chulan’s trip from Hulu Langat (near Ampang, Malaysia) to Tasek Kenyir (near Kuala Berang, Terengganu) was created by TripAdvisor. See another Kuala Berang slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.