Sunday, March 1, 2009

KOLAM TANGGUK-TANGGUK, SEMENYIH. INDAH KHABAR DARI RUPA..?

Banyak yang saya dengar daripada kenalan pemancing tentang kolam ini. Sejak kebelakangan ini, cerita yang saya dengar- pasti mengenai banyaknya spesis rohu bersaiz gadang di kolam tersebut.

[Lama dulu, saya pernah meraih tilapia merah sederhana besar sehingga penuh kumbu. Sampai seorang member ajak pulang kerana tak larat nak melayan joran yang kerap mengena!

Kami kerap mengulang mengail di Tangguk-tangguk waktu itu. Sehinggalah suatu hari, setelah dua-tiga jam memancing tanpa sebarang habuan, kami diberitahu "kolam dah tak masuk ikan sejak empat bulan!". Terasa bagai "tertipu", kami pun berpakat pulang serta berjanji untuk tidak memancing di situ lagi!]

Tapi itu dulu. Dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, saya mendengar "kehebatan" kolam ini yang menarik ramai pemancing dan "peminat rohu!" Lalu saya dan beberapa orang teman merancang untuk menduga sendiri kolam Tangguk-tangguk berkenaan..

Bayaran, masih RM20 untuk minima empat jam, bagi sebatang joran. Syarat-syarat lain, sama seperti tempat memancing lain.

Saya dan rakan-rakan melayan joran tidak sampai tempoh minima, kerana hanya anak-anak tilapia yang menggigit umpan.. (kecuali seorang teman mendapat seekor rohu sekitar sekilo lebih). Mainan yang diharapkan tidak menjadi. Tidak pasti, sama ada umpan kami yang tidak sesuai untuk ikan di kolam tersebut, ataupun tidak banyak ikan yang terdapat di dalam kolam..?

Meskipun tidak mengikut tempoh minima empat jam, namun kita tidak boleh menuntut pulangan bayaran sekalipun jika kita hanya memancing sekitar dua -tiga jam sahaja. Ini berbeza sedikit dengan beberapa kolam lain yang pernah saya pergi..

Apapun, bagi saya, cukuplah dengan pengalaman pada hari tersebut.. Masih banyak lagi kolam memancing di Lembah Kelang yang belum lagi saya uji...

Saudara, boleh cuba jika mahu. Mungkin rezeki saudara, lain pula berbanding nasib kami..
Perjalanan dari Pekan Batu 14, Hulu Langat melalui bukit Jalan Sungai Tekali, mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan. Sepanjang menuju ke Tangguk-tangguk, saudara juga boleh melihat beberapa kolam lain seperti Seri Bayu Tekala, dan Sukida Resort.
Selamat mencuba..

12 comments:

KTS said...

umpan kurang mengancam kot.. :D

ikan skrg dah pandai memilih... :P

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

erm...erm..

ntahla..dh try mcm2 umpan, plbgi resepi dguna..tp tk mjadi..

mgkin nk kn umpan "si manira" kot..
:P

KTS said...

hikhikhik...

umpan manira?? lg la tak mengancam :P

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

aduhai!

lega skit bila tgok dik y @ kts bg komen kat sini!

(lupakn pasai "umpan" tu..)

dik..
dak usahler brenti blogging...
so far, ramai yg senang dgn coretnmu itu..
(tmasuk yg mnulis ni - :D )

meskipun kita tdk kenal scra lahiriah, namun melalui tintarasa di blog -bjaya "mdekatkn" silaturrahim antr kita (& kwn2 blogger lain..)

jk masa tlalu mcemburui, brblog la a/bl bkesempatn..

kalau dik y @ kts @ manira brenti brblog, hilang gitu jer, psti ramai yg "sakit rindu" tau!

fikir2kn ya...
:D

Syah Shah said...

mungkin ikan kekenyangan kot pasal ramai dok kasi makan free (umpan abis, ikan tak dapek)... Kikikikikik :P :P


owh... dah lama tak pi casting siakap... hohohohohohoh :D :D

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

ermm..ermm.mgkin kot..org ramai dok buang umpan, ikan dh kenyang..

wahh..dik syah shah pun rajin mengail, ya? msti ikut en.firdaus..kn..? blh tolong buat air, sediakn umpan dll..pendek kata, mcm 'pencacai' la..tapi pencacai yg setia...
:D

Syah Shah said...

buat air, makan, ape sume siap-siap dari rumah, kat kolam terus togok jek... kikikikik :P :P

yang sediakan umpan dedak tu suma dia... hahahahah :P :P

kalo umpan udang atau anak ikan, itu je cucuk seniri... heheheheh :D :D

Saya layan casting siakap je... kalu nak main rohu saya kurang minat... hihihihi :D :D

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

a ah, betul tu syah, siapkn d umah. bila d kolam tk ler teruk nk buat semua..

hmm..peminat siakap rupanya! jenis minat kat spesis ikan sedap tu!

sy dh lama tk layan kolam siakap.. dok layan ikan air tawar je..

*kalu dik syah shah jln ke hulu langat, kat bt.11 cheras (bdekatan tol bt.11), ada tmpat makan- d'penghulu, n sri siakap. dua2 tmpat ni best kalu masak siakap stim halia..(tp sy lbh prefer kat d'pghulu lg..lengkap ramuan/bhn2ny..)
try lah!
:D

Syah Shah said...

saya masak senirik je so far... dan ikan stim nih kurang gemar skett... lebey suka buat sweet sour atau tiga rasa... hahahahah :P :P

tapi bab masak senirik nih paling malas sekali bab nak menyiang ikan le... kikikikik :P :P

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

hmm..
memg ramai kwn lbh suka siakap masak 3 rasa or sweet sour..brbanding stim halia tu..

kalu dik syah malaih myiang ikan, serahkn kat en.firdaus la!
tk kn bab makan jer bg kat dia, kn..? kn..?
:D

Syah Shah said...

sekarang memang gitule konsepnye... pandai mancing, pandaile menyiang... kikikikik :P :P

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

betul! beTUL! BETUL!

en. firdaus siang, dik syah masak. nti panggil kts , teman dll datang makan apa yg kalian masak tu..
:D

Terkenang trip ke Tasik Kenyir...

Ekspedisi ke Tasik Kenyir Slideshow: Chulan’s trip from Hulu Langat (near Ampang, Malaysia) to Tasek Kenyir (near Kuala Berang, Terengganu) was created by TripAdvisor. See another Kuala Berang slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.