Tuesday, July 28, 2009

PERKHEMAHAN DI RIMBA RIA SUARA HUTAN, CONGKAK

Pada Jumaat hingga Ahad lepas, saya berpeluang mengikuti program perkhemahan badan beruniform sekolah bertempat di Rimba Ria Suara Hutan, Sg. Congkak. Seperti biasa, tugas yang digalas- jurufoto yang akan merakam segala aktiviti yang dijalankan sepanjang program.

Sesuatu yang agak menarik adalah sepanjang program berjalan, semua peserta dibenarkan bebas memakan segala buah-buahan yang terdapat di tapak perkhemahan. Antara buah-buahan yang menjadi habuan kami ialah duku langsat, rambutan, pulasan dan manggis. Sayang sekali buah durian telah habis sebelum kami menjejak ke situ. Cempedak, duku dan binjai juga ada tetapi kurang memikat tumpuan rakan guru.

Kami juga dibenarkan memancing di kolam ikan yang terdapat di kawasan tapak perkhemahan. Pada hari pertama lagi, saya dan Amiluddin menduga kolam di belakang, dan dapat membawa pulang 19 ekor tilapia merah -dalam masa kurang sejam.

Keesokannya, kami mengambil kesempatan untuk melayan joran lebih lama pada lewat pagi. Rakan-rakan lain - En. Azman, Ustaz Hazizan, dan Hishammuddin, juga tidak ketinggalan belajar memancing. Manakala rakan guru perempuan pula ada yang hanya ingin merasa layanan joran yang sudah 'menjerat' ikan..

Alhamdulillah, lebih 30 ekor tilapia merah dan hampir 10 ekor keli yang menjadi 'bahan barbeku' pada tengah hari itu juga!

2 comments:

syah shah said...

bessnya makan buah free... dah lama tak makan manggis... :D :D

talapia merah? Arr... kat sebelah rumah ayah ada satu kolam penuh talapia merah... tapi baru-baru ni kolam dah dikosongkan... ayah nak buat projek baru... hihihihihih :D :D

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

a ah..memg best mkn buah free..bila nk aje, petik atau kait..
makan bwh pokok je..pstu blh pi ke pokok lain plak..
:D

sblm kolam tu dikosongkn, apa jadi dgn talapia smua tu..? jadi lauk ka..? fuuhhh..msti mcm2 lauk jadinya!
:D

*teman- dh lama tk makan ikan bakaq kat luar..

Terkenang trip ke Tasik Kenyir...

Ekspedisi ke Tasik Kenyir Slideshow: Chulan’s trip from Hulu Langat (near Ampang, Malaysia) to Tasek Kenyir (near Kuala Berang, Terengganu) was created by TripAdvisor. See another Kuala Berang slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.