Sunday, November 22, 2009

KOLAM MANCING UDANG – BINTANG, BANDAR MAHKOTA CHERAS

Entah mengapa, kolam mancing udang Bintang yang terletak di Bandar Mahkota Cheras, Batu 11 ini, sudah menjadi pilihan utama saya untuk mengail. Selain berusaha mendapatkan udang harimau yang menjadi kegemaran anak-anak di rumah, memancing di Bintang BMC juga dapat merehatkan minda serta mampu melupakan bebanan kerja yang menekan..

Bagi yang belum pernah memancing di Bintang Fishing Prawn BMC, silalah mencuba. Bayaran yang dikenakan- RM15 untuk sejam pertama. Jika memancing 2 jam, RM26. 3 jam – RM36, dan seterusnya..

Tidak perlu fikirkan joran dan umpan, kerana segalanya disediakan. Cuma, jika saudara ingin mencuba umpan yang lebih ‘ummpphh’, bolehlah membeli umpun-umpun yang dijual dengan harga RM7 sebekas.

Kolam Memancing Udang Bintang dibuka pada setiap hari Isnin – Jumaat, jam 2.00 petang hingga 2.00 pagi, Sabtu (2.00 petang hingga 3 pagi) dan pada hari Ahad (12.00 tengah hari hingga 2.00 pagi).

Bagi memeriahkan lagi aktiviti memancing, disediakan cabutan bertuah pada setiap bulan. Hadiah berupa wang tunai RM 50 – RM 200, selain beberapa jam memancing percuma.

Cashier di Bintang, sdra Ah Jiang dan staff, Ah Chang sentiasa mesra dan ramah melayan saudara.

Saya pasti, saudara pasti teruja untuk mencuba!

15 comments:

ckLah @xiiinam said...

Salam..
Selamat bercuti cikgu...


Berhati-hati memancing musim hujan ni...


Terima kasih atas ziarah..

Yunus Badawi said...

Salam Amal. Semoga sentiasa diberkati Allah.

Amal suka memancing ya? Saya tak sanggup tunggu berjam2 utk dapatkan ikan atau udang di kolam. kalau kat pasar lagi cepat hehehe

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam cklah,
smga dplhara ksihatn n kslmatn..
amiin.

slmt bcuti juga buat cklah.

t/ksh atas nasihat. insya-Allah, sy akn bwaspada..
:)

*ziarah ktka masih bpluang..
:)

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

salam yb..
smga Allah rahmati yb sklrga.
amiin.

aa ah, jk memancing, 'berejam' mnggu..

tp bg teman, itu 'latihan kesabaran'..
alhamdulillah, teman rasa hikmahnya.

mgkin suatu hr nti yb jg blh cuba..
:)

Syah Shah said...

dah mula cuti sekolah ni, adalah lebih sikit masa nak pegi memancing ye? :D :D

memancing udang mahal, tak larat nak pegi selalu... hohohohohoh :D :D

InderaPutera said...

mancing udang di kolam ni punya kelebihan tersendiri bagi mereka yg meminati memancing udang. aku tewas. kurang minat. mungkin sebab tak minat mancing udang. pernah try di Johor, dapat seekor ajer. Thrill berbeza dgn mancing ikan. After all aku suka mancing di tasik. Nyaman.
maybe suatu hari nanti nak lepak nengok kau mancing di kolam tu..

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

slm dik syah shah..
smga dik sklrga dbrkati-Nya.
amiin.

memg cuti, ada bnyak masa utk mancing. tp blum ada ksempatn mrancang sbb bebanan krja..

a ah, kos agak mahal skit brbanding mancing ikan. tp ada 'kelainan' yg payah nk diungkapkn!

try ajak en. firdaus gi!
:D

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

slm bro..
smga rahmat kbrkatan Ilahi sntiasa ke atas bro sklrga.
amiin.

memg mancing ikan lebih trillnya, tp kpuasn mancing udang pun ada keistimewaan tsndiri..

tkpa bro, nti bila2 blh gi sama..
:D

KTS said...

besar2 nya udanggggggg....

goreng pun sodap...

hihihi

.
.
.



selamat hari raya..
maaf zahir batin :D

Syah Shah said...

betul, mancing udang ni lain rasanya...

joran udang ada sorang sebatang kat rumah tu... tapi tak berapa nak mampu nak pi mancing udang selalu... hihihihihih :D :D

Chulan Chin said...

salam
dinda
kts
y
angie
manira
:D

goreng
memang
sedap
:D

tp
kanda
lbh
suka
bakar
je..
:D

slmt
hr
ry
krban
-maaf,
lewat
ucap
...

Chulan Chin said...

slm dik syah..

awat dok simpan joran udang tu..?

kalu lama simpan, nti hilang skill mancing udang tau!

kalu tkmau, bagi jer kat teman!
:D

Syah Shah said...

bagi? cubalah minta dengan incik Firdaus... hihihihihih :P :P

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

slm dik syah..

erkk...

segan teman!

tkpa..tq..its ok..
saja melawak..
:D

Unknown said...

bro ada alamat kolam pancing ni?? ataupun koordinat GPS t.kasih

Terkenang trip ke Tasik Kenyir...

Ekspedisi ke Tasik Kenyir Slideshow: Chulan’s trip from Hulu Langat (near Ampang, Malaysia) to Tasek Kenyir (near Kuala Berang, Terengganu) was created by TripAdvisor. See another Kuala Berang slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.