Thursday, February 4, 2010

SUNGAI LANGAT MASIH ADA 'HASIL'..

Sudah agak lama saya tidak memancing di kawasan Sungai Langat. Pada hal, kurang 100 kaki di belakang rumah, saya boleh melayan joran pada bila-bila masa -jika mahu. Dulu, jika tidak mengail, saya hanya memasang beberapa 'tajur' dan meninggalkannya semalaman. Beberapa tali pancing pada tajur terputus. Dan ada juga yang 'sangkut' anak-anak baung dan tilan.

Memang saya tahu, di Sungai Langat masih ada hasil istimewa idaman pemancing seperti kelah dan sebarau yang masih menghuni di dasarnya. Mungkin lubuk tidak banyak seperti suatu ketika dulu. Tapi 'keturunan' kelah masih boleh dinaikkan- sama ada kecil, mahupun yang gadang.

Bagi 'orang luar' yang berhajat 'mencuba nasib' di Sungai Langat, dinasihatkan membawa umpan seperti ulat buluh, lundi dan semestinya cacing. Umpan lain juga tidak mustahil diusik ikan putih/masai atau tilan.

Sahabat saya- sdra Najib dan sdra Khairuddin, yang rajin melayan joran di Sg. Langat- bergambar dengan hasil yang diperolehi..
*Najib dengan kelah sekitar 2 kg, manakala Khairuddin bersama sebarau Sg. Langat

4 comments:

Yunus Badawi said...

Salam amal. Semoga sentiasa dirahmati Allah.

eh tak sangka Sg Langat ada lagi ikan2 spt sebarau dan kelah. Ingat ikan talapia dan bandaraya aje yg banyak hehehe

Chulan Chin said...

salam tn YB.
smga rahmat Allah jua sentiasa bersama tn sklrga.

memang, teman pun belum 'redah' kawasan lubuk & 'terpilih' yg dipercayai ada hasil 'lumayan' sg. langat ni..

tp percayalah, memang ada hasil selain tilapia n bandaraya!
:D

Azman Aaron Jr said...

Sungai langat memang banyak ikan.. tapi kalau dapat diberhentikan operasi korek pasir kat langat tu lagi cantik...

Farihan said...

Salam,
Saya ingin bertanya, di bahagian mana tuan dapat ikan di sungai langat?
Terima Kasih

Terkenang trip ke Tasik Kenyir...

Ekspedisi ke Tasik Kenyir Slideshow: Chulan’s trip from Hulu Langat (near Ampang, Malaysia) to Tasek Kenyir (near Kuala Berang, Terengganu) was created by TripAdvisor. See another Kuala Berang slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.