Wednesday, February 11, 2009

MAAFKAN ABAH, ANAS!

Mengapa saya mohon maaf daripada 'Anas'..? Apa kesalahan yang saya dah buat terhadapnya..? 'Anas', tu anak saya kah..?

Ya, 'Anas' - anak saya. Satu-satunya anak lelaki saya. Tunggal. Tidak ada dua atau lebih.

Berbeza dengan saya, ada lima beradik lelaki. Tapi 'Anas', hanya seorang. Empat yang lain perempuan.

'Anas' beria-ia mengikut saya memancing pada cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini. Kami tidak pulang ke Johor Bahru, memandangkan sekolah hanya bercuti selama empat hari.

Lokasi yang disasar untuk memancing- Seri Bayu Tekala, Semenyih. Saya sudah bertahun tidak memancing di sini, kerana dulu- ikan yang kami dapat, tidak enak dan berasa lumpur. Geng mancing yang lain juga mengatakan yang sama.

Tapi sejak tahun lepasSeri Bayu Tekala kerap mengadakan pertandingan memancing, hampir setiap bulan. Makluman mengenainya sering disiarkan dalam akhbar sisipan Joran, Berita Harian, setiap Jumaat.

Khabar daripada rakan lain, tempat ini antara pusat memancing yang menarik kerana ikan yang terdapat di kolam di sini "gadang-gadang"(besar-besar).

Bayaran memancing- RM25 bagi empat jam, dan deposit RM10. (Seingat saya, dulu cuma RM20 bagi empat jam, tiada deposit dan boleh guna dua batang joran). Bermakna pemancing perlu membayar RM35 untuk pancingan selama empat jam. RM10 akan dikembalikan jika tidak menambah masa (RM5 setiap jam berikut).

Seperti biasa, 'Anas' menjadi pengikut setia membantu membawa peralatan dan sebagainya. Saya belum mahu mengajarnya memancing kerana dalam usia hampir 11 tahun, saya belum ingin melihatnya 'membiasakan diri melayan joran'. Kalau dah berminat, dikhuatiri nanti 'ketagih' pula! Insya-Allah, jika dia sudah bersekolah menengah, baru saya akan membimbingnya memancing..

Kami memancing selama empat jam. Ada ikan yang mengusik umpan, tapi tidak kerap dan tidak 'ganas'.. Dari seberang kolam, kami lihat ada yang menaikkan ikan patin (kecil dan besar), keli afrika (lebih 8 kilogram), tilapia merah, dan pacu.

Ikan banyak bertumpu di kawasan tengah (kolam utama). Pemancing biasa tentunya sudah tahu lokasi ikan berkumpul. Bagi yang baru -seperti kami (meskipun pernah sekali memancing di sini, dulu)- belum mampu 'membaca kawasan' ikan..

Setelah empat jam tanpa hasil, kami pun berkemas untuk pulang. Saya yang masih belum puas memancing, menanyakan jika 'Anas' sudah berasa letih untuk ikut memancing di tempat lain. 'Anas' kata, "Terpulang pada abah.. Anas ikut aje"
c
Lantas saya mengajaknya melayan pancing di Kolam Awie pula.. Dan alhamdulillah, ada hasil yang diperolehi meskipun tidak lumayan!

Di rumah, saya terkejut apabila isteri memberitahu- Anas terpijak sengat ikan patin yang saya perolehi di Kolam Awie tadi. Saya tidak tahu kerana 'Anas' tidak mengadu apa-apa kepada saya, kecuali sewaktu pulang, dia kata kepalanya pening.. Saya beranggapan, dia mungkin keletihan kerana menghabiskan masa pagi hingga ke petang menemani saya memancing..

Mungkin lambat bertindak mengubatinya, Anas demam dan tidak kesekolah pada keesokan harinya...

"Anas, maafkan abah..."

10 comments:

KTS said...

alaaa... baiknya ANAS..

klu sy, tentu kat situ gak meraung2...

jeles plak dgn anas :)

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

salam dik Y @ KTS..

a haa.. baiknya si anak, tentu skali krna mjejaki baiknya si bapak!
:P

iya tak iya juga..kalu dik KTS, tentu meraung2 - sbb nk minta abg am pujuk ler tu! kan..? kan..?
:D

dok usoh ler 'jeles'.. nti kita pi skali mancing..
"saya suka!"
:)

Syah Shah said...

woh, patin ada sengat ye? saya baru tau... hohohohohoh

sedap ke patin? saye tak penah makan... macam tak berapa lalu pula... keli afrika memang kompom tak lalu... tapi kalu dapat rohu atau siakap, hohohohohohoh... tak yah cakaple... memang licin saye kejekan... kih kih kih kih :P :P

p/s : salam ukhuwwah... :D

KTS said...

aikkkk... sejak bila plak pn syah ada kat sini :D
sesuai la tu.. sama2 minat mancing...

sy mmg kuat menjerit dan meraung.
tp bukan sebab nak mintak di pujuk :P

tp klu nak pujuk gak, apa salahnya :P :P :P

KTS said...

lupa nak komen...

anas baik sbb emaknya baik... :D
ikut emak... bukan ikut bapak :P :P

gi memancing.. mungkin satu hari nanti... :D

tp suasananya tak begitu menarik.. banyak nyamuk..

Syah Shah said...

owh, pasal dia menjengah blog haku, maka jatuhla hukum harus untuk aku menjengah kembali blognye... hehehehehe... :D :D

ko nak kene pujuk ke KTS? meh sini meh, aku sekeh pale lutut tuh... mueheheheheheh :P :P

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam dik syah shah,

1. patin memg ada sengat, tp tk 'sebahaya' keli & sembilang..

2. patin sedap wo..kalu dmasak tmpoyak, dbakar & cicah air cili asam, dll..
keli afrika, teman jarang makan. sedap utk 'layan tarik2' dgnnya sj..

3. rohu, memg best wp bnyak tulang. (esok cdg nk pi cari d klm!)
siakap masak stim halia, paling sedap di D'Penghulu, batu 10, jln nk ke kajang..try la!

4. tkpa.. bior 'abg' sj yg 'pujuk' dik KTS.. hihi..

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

salam dik Y @ kts..

1. 'pn syah shah' ada kat sini, sbb tercium aroma dik kts kot..
:P

2. dik kuat mjerit & mraung..?! isk..isk.. kesian 'cik abg' nti..n takut gak kalu lari 'cik abg' 'cik abg'..
:P

3. hmm..ok la..ok la..si anas baik ikut jejak emaknya.
sbb..? bapak anas pandai didik si emak n si anak..
:D

4. hisyy..kolam brbyr laa ni tk bnyk nyamuk mcm yg dik sangkakn..
percayalah!
selain tu, di kwsn hulu lgt ni, pemandangan alam smljdinya amat mnenangkn..
-kalu jln2 ke sg cgkak @ sg gabai @ sg tekala, kalu rajin, sggah2la tgok kolam mncing yg ada kat lgt ni..psti dik truja..

*ahaa..bsedia utk dipujuk..?
:P

Syah Shah said...

hohohohoh... rohu tuh sama spesies dengan terubuk laa rasanya... hihihihih :P :P

siakap buat sweet sour jugak paling saya suka... hihihihih

owh... cerita ini buat saya teringin ja... dah lama tak pekena... hohohohohoh

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

dik syah shah,

a ah, betul tu! kalau ikan air masin, terubuk. air tawar, kira rohu ni mcm spesis terubuk ler..

hari ni wife bakaq rohu n cicah air asam berlada.. puas ati sbb mkn pancingan sdiri..

Siakap, sweet sour memg sedap, tp sesekali dbuat stim, memg bselera!

*kalu tringin rohu, nti jk sy dpt bnyk, blh bg kat dik syah..
:D

Terkenang trip ke Tasik Kenyir...

Ekspedisi ke Tasik Kenyir Slideshow: Chulan’s trip from Hulu Langat (near Ampang, Malaysia) to Tasek Kenyir (near Kuala Berang, Terengganu) was created by TripAdvisor. See another Kuala Berang slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.