Sunday, February 15, 2009

MENIMBA HASIL DI KOLAM TERATAK MADU, KG PASIR, SEMENYIH

Apabila merancang untuk memancing, Semenyih adalah lokasi pilihan kerana terdapat banyak kolam memancing berbayar yang menarik. Saya berhasrat untuk mencuba semua kolam memancing yang terdapat di sekitarnya kerana lebih berpuashati menguji sendiri kolam-kolam ini berbanding hanya mendengar daripada rakan yang pernah mengail di tempat berkenaan.

Pagi Sabtu lalu, saya dan kawan-kawan merancang memancing di Teratak Madu, Kg Pasir, Semenyih. Saya berkereta (sendirian), Cikgu Rukis menunggang motorsikal, manakala Cikgu Junaidi satu kereta dengan Ustaz Norizam.

Perjalanan dari pekan Batu 14 Hulu Langat merentasi bukit Jalan Sg Tekali ke destinasi, mengambil masa kira-kira 30 minit.

Kolam Teratak Madu hanya dibuka pada hujung minggu (Sabtu & Ahad) serta pada hari cuti umum. Bayaran dikenakan RM5.00 bagi sejam.

Ikan yang menghuni kolam ialah Patin, Tongsan, Rohu, Tilapia, Lampam dan Baung. Menurut kata keluarga tuanpunya kolam, paling besar ikan yang terdapat di kolam adalah patin seberat 20 kilogram!

Sesi awal memancing, kami hanya melayan ragutan tilapia merah dan lampam. Seperti biasa, ikan bersaiz kecil, kami 'catch & release'. Manakala saiz yang boleh dibuat lauk, kami masukkan ke dalam kumbu.
Cikgu Junaidi paling banyak menaikkan tilapia merah sebesar melebihi tapak tangan. (Sehinggakan dia memberikan beberapa ikan tilapia merah kepada Cikgu Rukis yang terpaksa pulang awal kerana isteri memintanya pulang untuk ke pasar)

(*Tumpuan memancing kami sedikit tergugah melihat sekumpulan anak dara berkereta MyVi yang datang turut melayan joran di seberang sana..)
Pada waktu tengah hari, kami beralih 'port' ke seberang kolam. Mengikut Cikgu Junaidi, di sana lebih sesuai kerana di situ tempat bermain spesis rohu.

Ternyata 'penghijrahan' kami berbaloi. Adegan bertarung dan menaikkan ikan lebih kerap. Joran saya juga nyaris terbang, tetapi kerana lebih awal diikat, hanya ikan yang terlepas -melepaskan kail mata rambai bersaiz 7 yang terbuka dan perambut dawai yang terbengkok..

*Ustaz Norizam sedang bertarung dengan rohu anggaran 2 kilogram

*Cikgu Junaidi membantu menyauk ikan melalui penangguk yang dibawa bersama
Kami memancing selama 6 jam dan perlu membayar RM30.00. Namun itu bukan masalah kerana trip kami kali ini dianggap memuaskan hati, dengan hasil patin, rohu, tilapia merah dan lampam yang dibahagi-bahagikan sesama kami.

Insya-Allah, jika ada ruang dan peluang, saya pasti akan memancing di Teratak Madu lagi..

4 comments:

Syah Shah said...

semalam incik firdaus baru pi mancing... dapat rohu enam ekor, lima dia jual semula, sekor je bawak balik... hehehe... jadilaa... nanti buleh bako sama itu ikan...

err... selain bakar, rohu sedap buat masak ape lagi ye??

KTS said...

:D

byk dpt ikan... tp makan ke ikan2 tu...
sbb jiran sy suka memancing, tp dia tak mkn ikan2 tu... semua ikan2nya dia bagi pada jiran2... pelikkk..

sy bukan sj tak pernah memancing, ikan sg atau kolam pun sy takleh makan...


ikan rohu pun tak pernah dgr...

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

slm dik syah shah..

wah, bagus tu, kira en.firdaus tu teror mancing. bijak pula.
memg ada rkn yg dpt bnyak, dia juai smula. lebih dr berbaloi!

selain dipanggang, rohu juga sedap dimasak sos tiram. siang secara kepakkannya (terbuka), goreng garing. buat kuah sos tiram- asingkn. msti lazat nyer!
try la!
:D

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

salam dik y @ kts..

1. sbnarny, dulu zaman knk2, abg memg tk suka mkn ikan. bila dh besar skit, memilih ikan yg blh dimakan, contoh- tggiri, ikan merah, pari..

bila dh jadi 'org langat', join kaki mancing, jadi pengail- tringin mrasa ikan yg dipancing sdiri. so, skrg memg bedal je apa ikan pun!
:P

2. memg ada kwn yg suka pancing, tp tk blh mkn ikan yg dpancing. ada juga yg suka pncing, tp ikan dia juai @ bg kat kwn2..

bg abg, mancing ni hobi, jk dpt ikan kira bonus ler..
:P

3. rasanya buka yg tk pernah mancing sj tktau nama ikan. ada yg pandai mancing pun, tk kenal jenis ikan! (mcm ada kwn abg sorang tu..)

4. jk tk pnah mancing, n tk ingin mancing, toksahler cuba2..
sbb..? takut nti dik plak yg 'lbh2' pantang ada cuti, nk pi mancing jer..!
:P

Terkenang trip ke Tasik Kenyir...

Ekspedisi ke Tasik Kenyir Slideshow: Chulan’s trip from Hulu Langat (near Ampang, Malaysia) to Tasek Kenyir (near Kuala Berang, Terengganu) was created by TripAdvisor. See another Kuala Berang slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.